Sunday, March 8, 2009

Bangunan Dato' Jaafar, Johor Bahru

Photobucket

Sekilas Pandang

Bangunan ini dibina oleh Dato' Jaafar Mohamad, Menteri Besar Johor yang pertama. Pembinaan rumah ini bermula pada tahun 1886 dan siap dalam tempoh dua tahun, dengan kos pembinaan peringkat pertama berjumlah RM 80,000.00. Selama 22 tahun Dato' Jaafar mendiami rumah ini. Selepas kematiannya pada 3 Julai 1919, kerajaan Johor mengambil alih rumah ini.

Bangunan Dato' Jaafar ini masih tersergam indah di atas Bukit Senyum, Johor Bahru, beralamat di JKR 514, Jalan Yahya Al-Dattar. Bangunan ini bukan sekadar menyimpan banyak rahsia sejarah, tetapi juga unik dari segi reka bentuk yang menyamai beberapa bangunan lama di England seperti Hardwick Hall dan River Castle.

Untuk beberapa ketika, bangunan ini terbiar begitu sahaja. Pada zaman pemerintah Jepun bangunan ini digunakan oleh tentera-tentera Jepun untuk meletakkan perempuan-perempuan simpanan mereka. Pihak Inggeris juga selepas berkuasa semula di Tanah Melayu pernah menggunakan bangunan itu sebagai markas tentera.

Selepas Merdeka, Bangunan Dato' Jaafar dijadikan Maktab Perguruan Bahasa sebelum insitusi itu dipindahkan ke Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Beberapa pejabat kerajaan seperti JKR, KEMAS dan Yayasan Warisan Johor pernah ditempatkan di bangunan ini.

Sekarang bangunan ini telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri Johor lkepada Yayasan Warisan Johor untuk dibangunkan sebagai Muzium Tokoh. Namun beberapa tahun kebelakangan ini, bangunan tersebut masih terus sunyi tanpa penghuni.



Foto

Peta ke sana



Photobucket
Photobucket


Paparan Satelit

Photobucket






4 comments:

  1. there are so many historic item were lost since no maintainance have been done.

    ReplyDelete
  2. tumpang tnye .
    ade lg x bangunan-bangunan bersejarah yg ade kt JB nie tp xdketahui umum .

    ReplyDelete
  3. mksd sy bangunan sbelum merdeka . search kt internet, tp xbyk yg jmpe

    ReplyDelete
  4. Muzium Tokoh ini dah buka atau belum? Dulu saya pergi security guard pun tak tahu bila buka.
    Teringin sangat nak lihat bangunan ini

    zuljb

    ReplyDelete