Wednesday, March 20, 2019

Jom Jenjalan : Masjid Kota Iskandar


Jom Jenjalan : Masjid Kota Iskandar. Singgah sebentar sebelum gerak ke Educity Sport Complex. Memang masjid yang sangat selesa. Terbaeekkk!!!!

Lokasi
Carian : Masjid Kota Iskandar
Koordinat : 1.4239952,103.6477357

Maklumat penuh...

Saturday, March 16, 2019

Jenjalan Cari Makan : Kafe Ali, Bandar Baru Uda


Jenjalan Cari Makan : Kafe Ali, Bandar Baru Uda. Sarap kat sini lagi pagi ni dengan ici. Kali ni mama pun kena ikut jugak. Ici sama mama makan nasi lemak istana beb. Tambah lagi roti canai. Dan siap tapau wakbalik. Memang terbaeekkk!!!!

Lokasi
Carian : Kafe Ali
Koordinat : 1.4919751,103.7068039

Maklumat penuh...

Saturday, March 9, 2019

Jenjalan Cari Makan : Kafe Ali, Bandar Baru Uda


Jenjalan Cari Makan : Kafe Ali, Bandar Baru Uda. Sarap kat sini pagi ni dengan ici. Ada nasi lemak istana beb. Tak sempat nak try. Aku ngan ici makan roti canai. Memang terbaeekkk!!!! Roti lembut. Kuah yummy beb! Lum cerita lemon ais for both.

Lokasi
Carian : Kafe Ali
Koordinat : 1.4919751,103.7068039

Maklumat penuh...

Tuesday, March 5, 2019

Jenjalan Cari Makan : Kluang Asam Pedas


Jenjalan Cari Makan : Kluang Asam Pedas. Tengah hari ni kami singgah makan kat sini. Hmmm. Pilihan menu dia memang melampau. Mus ngan Fazli makan gearbox asam pedas, firdaus amik pari dan shaifuzi amik kembung. Aku? Amik nasi goreng USA aje. Memang terbaeekkk!!!! beb

Lokasi
Carian : Kluang Asam Pedas
Koordinat : 2.0384751,103.3214184

Maklumat penuh...

Jenjalan Cari Makan : The Original Kluang Rail Coffee


Jenjalan Cari Makan : The Original Kluang Rail Coffee. Alang alang dah sampai Kluang, singgah sarap kat sini. Memang tempat lejen beb. Sempat meronda stesen. Nostalgia. Tetiba jadi banyak pulak benda kami order. Aku order bun. Lepas tu tetiba rasa nak makan nasi lemak. Tambah 2 bungkus. Nengok mus makan telur. Minta sebiji. Haishhh. Tapi memang terbaeekkk!!!! Penuh perut pagi ni.

Lokasi
Carian : The Original Kluang Rail Coffee
Koordinat : 2.0335879,103.3169357

Maklumat penuh...

Jenjalan Cari Makan : SDS Cake House & Cafeteria, Taman Universiti


Jenjalan Cari Makan : SDS Cake House & Cafeteria, Taman Universiti. Mama and geng selebret besday group peperiksaan kat sini. Best diaorang makan makan kat sini. Layan.

Lokasi
Carian : SDS Cake House & Cafeteria
Koordinat : 1.5425234,103.6291363

Maklumat penuh...

Monday, March 4, 2019

Jenjalan Cari Makan : Cendol Satar, Simpang Renggam


Jenjalan Cari Makan : Cendol Satar, Simpang Renggam. Minum petang jap ngan mus kat sini sebelum gerak pulang ke JB. Mus ngan Adi memang suka tul minum cendol kat sini. Power. Orang jangan cerita la. Memang sentiasa ramai beb.

Lokasi
Carian : Cendol Satar
Koordinat : 1.8274244,103.3092819

Maklumat penuh...

Jenjalan Cari Makan : Gerai Manaf Anika, Simpang Renggam


Jenjalan Cari Makan : Gerai Manaf Anika, Simpang Renggam. Ni tempat rahsia mus ni. Jauh ke belakang juga. Aku amik nasi lemak ayam manakala mus ngan en hashim amik lontong darat yang menjadi tular untuk gerai ni. Memang terbaeekkk!!!! beb. Jom singgah.

Lokasi
Carian : Gerai Manaf Anika
Koordinat : 1.8261571,103.3072198

Maklumat penuh...

Friday, March 1, 2019

Jom Jenjalan : Bazar Anjung, Anjung Nusajaya


Jom Jenjalan : Bazar Anjung, Anjung Nusajaya. Hari ni gi belanja bulan. Singgah sekali kat sini cari ration. Banyak jugak dah berlaku pertukaran penjual. Layan aje apa yang ada. Beli ayam goreng, ayam uncle best, mee rebus man dan lemon pudina. Best!

Lokasi
Carian : Bazar Anjung
Koordinat : 1.4242582,103.6168144

Maklumat penuh...

Wednesday, February 27, 2019

Jenjalan Cari Makan : Cafe Haji Masjuki, Pagoh


Jenjalan Cari Makan : Cafe Haji Masjuki, Pagoh. Sempat jenjalan jap ke kawasan sekolah baharu; KV dan SMKA Pagoh. Bincang jap nak makan kat mana. at last kami ikut ja hairin dan redza. Singgah ke Pusat Sime Darby kat sebelah tol tu. Kat sini serba lengkap. Ada pusat penerangan, surau dan tandas yang sangat kondusif. Deme semua makan mee bandung. Ada yang daging, ada yang udang, ada yang campur. Aku? macam biasa la. Ada ayam dah cukup. OK sahaja. Tak cukup kick sangat. Yang penting. Dapat tempat selesa. Sejuk sikit lepas sepanjang hari dalam bahang panas sepanjang berada kat sini.

Lokasi
Carian : Cafe Hj Masjuki
Koordinat : 2.1327416,102.7343352

Maklumat penuh...

Jenjalan Cari Makan : Warung Mee Rebus Wak Adan


Jenjalan Cari Makan : Warung Mee Rebus Wak Adan. Singgah sini sarap jap setelah hampir 2 jam mengharungi lebuhraya utara selatan. Marbeles. Aku makan nasi lemak ayam kuah kari. Terbaeekkk!!!! beb kari dia. Mus makan lontong. Pun di taruk ayam. Perghhhh. Boleh return lagi ni.

Lokasi
Carian : Warung Mee Rebus Wak Adan
Koordinat : 2.1468422,102.7664499

Maklumat penuh...

Friday, February 22, 2019

Jenjalan Cari Makan : Nasi Lemak Royale Kedah, Presint 8, Putrajaya


Jenjalan Cari Makan : Nasi Lemak Royale Kedah, Presint 8, Putrajaya. Hehehe. Makan malam kat sini. Bila lagi nak makan kan. Marbeles. Sempat meronda kat Ayer 8 jap pas tu.

Lokasi
Carian : Nasi Lemak Royale Kedah
Koordinat : 2.9292116,101.6773715

Maklumat penuh...

Tuesday, February 12, 2019

Jenjalan Cari Makan : Restoran Azinur, Taman Ungku Tun Aminah


Jenjalan Cari Makan : Restoran Azinur, Taman Ungku Tun Aminah. Macam biasa. Nak makan nasi gulai pekat sama ayam goreng memang sini lah port dia. Satu lagi kalau si mus punya tempat utama kalau nak mengantoikan episod puasa aku. Layan aje ler.

Lokasi
Carian : Restoran Azinur
Koordinat : 1.5286933,103.662597

Maklumat penuh...

Friday, February 8, 2019

Jenjalan Cari Makan : Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung, Melaka


Jenjalan Cari Makan : Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung, Melaka. Asalnya nak ke Umbai, tapi kami memilih untuk ke Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung ni based on review orang ramai masa kami google. Yang best, siap berenti tepi jalan set semula maps. Hehehe. Sorang tukang gugel, sorang tukang follow. Belasah ajelah. Sampai aje memang dah tertarik. Kereta toksah cerita. Bertaburan memenuhi ruang parking sampai melimpah ke depan. Dapat park sebelah meja aje. Masa nak masuk ada team khas menempatkan pelanggan. Dalam kebanyakan dah fully booked. Susah juga untuk tempatkan team yang besar berlapan macam kami ni. At last kami dapat meja L. Kat kawasan luar bersebelahan kereta tadi tu la. Terus duduk. Team kat sini memang laju dan sistematik. Duduk aje, ada orang yang amik order air, hantar sambal cicah, hantar kacang dan hantar nasi lemak. Semua team yang berbeza. Kami kena beratur kat dalam untuk pilih lauk pauk yang nak dimakan. Walaupun panjang tapi kejap ja proses dia. Pilih ikan dan ketam sahaja. Abang amik order ni memang cekap. Ikut ja apa yang dia tanya. Ikan nak masak apa. Ketam nak masak apa. Lepas tu baru dia akan tanya yang selainnya. Udang, sotong, kerang, lala dan lain-lain ikut urutan dan nak masak apa. Setel. Duduk. Jap ja semua datang. Aku order sekali ayam dan burger untuk aku dan iqi. Lagi lama kami tunggu dari makanan seafood tadi. Orang lain dah abis makan baru aku nyer ayam dan burger sampai. Tu pun aku dah makan nasi lemak untuk bungkusan yang keempat. Nasi dia tak banyak actually. Untuk kami berlapan dia letak 16 bungkus dan kami berjaya abiskan 15 bungkus. Harga pun bagi aku sangat OK. Kualiti makan memang terbaeekkk!!!! Kami kena RM220++ tak silap aku. Jom reramai kita gi sini.

Lokasi
Carian : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
Koordinat : 2.1743485,102.287029 

Maklumat penuh...

Wednesday, February 6, 2019

Jenjalan Cari Makan : Malacca Durian Heng, Bemban


Jenjalan Cari Makan : Malacca Durian Heng, Bemban. Actually. Memang dah dalam plan asal aku nak lalu Tangkak dan shoot terus melalui Bemban. Kisahnya nak cari air kelapa untuk hilangkan haus. Sekali. Masa berenti beli air kelapa, van sebelah ni jual derian. Tanya harga. Durian Sultan sekilo RM18, derian kampung sekilo RM12. Yang anak kucing tido dia jual sebiji RM5. Apa lagi. Terus layan. Alhamdulillah. Dapat jugak hilangkan kempunan. Angah ngan aku aje yang tak makan. Memang terbaeekkk!!!! Ici sampai comot berlemoih makan. Memang kami biasanya makan on the spot. Senang. Fresh dan terus leh komplen kalau tak best. Hehehe.

Lokasi
Carian : Malacca Durian Heng
Koordinat : 2.2379099,102.3614192

Maklumat penuh...

Jenjalan Cari Makan : Restoran Jumaat, Simpang Renggam


Jenjalan Cari Makan : Restoran Jumaat, Simpang Renggam. Restoran Jumaat memang salah satu tempat feberet kami kalau mengembara sepanjang lebuhraya utara selatan. Makan makanan yang freshly dimasak semestinya satu kegembiraan. Kalau singgah sini antara menu wajib makan semestinya soto; tak kiralah samada nasi himpit mahupun mihun. Dedua ici suka. Aku ngan iqa macam biasa la. Roti tampal cicah kari daging yang superb. Pergghhh. Nak cerita panjang pun tak gunalah. Gi singgah makan gi.

Lokasi
Carian : Restoran Jumaat
Koordinat : 1.7942909,103.316633

Maklumat penuh...

Jom Jenjalan : Bayou Lagoon Park Resort, Melaka


Jom Jenjalan : Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. Target terpijak kami sempena cuti tahun baru cina. Terpijak sebab tak rancang pun. Tetiba macam rasa kesian kat kebudaks yang langsung tak gi mana cuti ni. Book semalamnya, satu apartmen dua bilik. Dapat complimentary tiket untuk 4 dewasa. So. Kena tambah lagi 3 tiket dan aku pilih atuk, nenek dan iqi sebab boleh dapat half price for kids and elders. Check-in. Alhamdulillah. Orang tak ramai sangat macam biasa aku sampai. Masuk bilik. Solat, tukar baju dan... keceburrr... Marbeles. Orang tak sesak sangat macam selalunya. Memang seronok. Ici langsung taknak mandi padahal dari gelang patah dok meratib bila nak sampai kolam. Naik jap untuk makan. Jangan lupa topup wristband sebab dia dah tak pakai cash lagi kat sini. Nilai topup ada dua aje. RM20 dan RM50. Jangan risau sebab belen leh claim semula kat kaunter masa keluar nanti. Agak mudah juga. Sambung balik mandi sampai lewat petang. Kekeke. Ici tetap tak berganjak dari baby pool walau diracun pelbagai permainan lain. Hehehe. Aku banyak tengok aje. Aku naik 3 gelongsor je nemankan si iqi. Pastu. Hmmm. Lepak aje ler. Yok reramai.

Lokasi
Carian : Bayou Lagoon Park Resort
Koordinat : 2.2418264,102.3041072

Maklumat penuh...

Tuesday, February 5, 2019

Jenjalan Cari Makan Bersama Cik Ici : Medan Selera Iskandar Malaysia


Jenjalan Cari Makan Bersama Cik Ici : Medan Selera Iskandar Malaysia. Singgah sini jap. Tak banyak gerai yang buka. Nasi kukus pun hanya ada ayam berempah aje. Penat ngeja semua jenih lauk yang ada. Huhuhu. Nak buat camno kan. Layan ayam aje la.

Lokasi
Carian : Medan Selera Iskandar Malaysia
Koordinat : 1.4513097,103.591504

Maklumat penuh...

Jom Jenjalan : Pasar Selasa Pekan Nanas, Pontian


Jom Jenjalan : Pasar Selasa Pekan Nanas, Pontian. Target utama hari ni. Orang boleh tahan ramainya. Ambil kesempatan cuti tahun baru cina kan memasing. Aku. Cam biasa. Boleh buat gerakan L aje. Tak larat la nak jalan penuh bentuk 8 kat sini. Mama ngan ici ja jenjalan lepas aku balik ke masjid untuk berehat.

Lokasi
Carian : Pasar Selasa
Koordinat : 1.5094687,103.5069793

Maklumat penuh...

Jenjalan Cari Makan Bersama Cik Ici : Gerai Kak Yam, Medan Selera Pekan Nanas, Pontian


Jenjalan Cari Makan Bersama Cik Ici : Gerai Kak Yam, Medan Selera Pekan Nanas, Pontian. Sarap di sini pagi ni. Orang sangat ramai memandangkan cuti tahun baru cina. Amik mihun soto macam biasa manakala mama amik roti kosong kat gerai rafeah tohet. Alhamdulillah. Ici pun suka makan mihun soto ni. Banyak dia makan. Gerai dia bebetul sebelah gerai siti rafeah tohet.

Lokasi
Carian : Gerai Siti Rafeah Tohet
Koordinat : 1.5086932,103.5066314

Maklumat penuh...

Monday, February 4, 2019

Jenjalan Cari Makan : Barbara Lounge Cafe, Nusa Idaman


Jenjalan Cari Makan : Barbara Lounge Cafe, Nusa Idaman. Makan besar kat sini. Amik ikan siakap, sotong, kerang dan lala. Udang dan ketam dah habis memandangkan kami datang dah lewat. Ada 6 jenis pilihan sambal pencicah. Aku dan iqi makan chicken chop. Order tambahan keropok lekor cheese leleh dan wedges. Tak lupa laici tower. Ici ja yang tidur sepanjang sesi makan besar ni, macam biasa. Kelainaan berbanding seafood yang lain. Jangan tanya pasal tomyam pasal memang takde kat sini. Dia lebih kepada bakar membakar dengan 6 jenis sambal pencicah ni. Boleh minta kuah sup ayam kosong bagi yang nak berkuah. Juga ada nasi lemak dan goreng-goreng yang lain. Harga boleh la. Biasa-biasa.

Lokasi
Carian : Barbara Lounge Cafe
Koordinat : 1.475001,103.6388913

Maklumat penuh...

Friday, February 1, 2019

Jenjalan Cari Makan : Pak Mus Kitchen, Gelang Patah


Jenjalan Cari Makan : Pak Mus Kitchen, Gelang Patah. Lepak kat gerai Pak Mus ini malam. Sambil borak-borak nunggu makanan siap ditapau. Memacam ada. Dari mee goreng ke mee bandung. Segala sup, ayam, babat, daging, tulang, kambing. Cuma langkah kiri sebab sup ayam dah abis. Portion agak banyak. Perghhhh! Boleh tahan.

Lokasi
Carian : Pak Mus Kitchen
Koordinat : 1.4466166,103.5857688

Maklumat penuh...

Wednesday, January 30, 2019

Jenjalan Cari Makan : Wendy's, Kompleks Bebas Cukai Johor, Jalan Stulang Laut


Jenjalan Cari Makan : Wendy's, Kompleks Bebas Cukai Johor, Jalan Stulang Laut. Masa lunch dah terperasan restoran wendy's ni. Dalam kepala dah congak nak amik dinner kat sini sebab aku dah semak menu majlis sebelah malamnya yang rata-rata adalah seafood. Kebetulan the whole team pun dah agak lapar sebab seharian dah kami dok kat sini mengerjakan persiapan bagi majlis sebelah malamnya. So. Kami pakat ramai-ramai gerak ke Wendy's. Actually. Bagi aku dia agak sama ngan stail Marrybrown. Ayam dia agak best! Amik spicy. Tak lah pedas macam McD. Tapi ngam la. Fuad amik nasi ayam gitu. Yang lain makan ayam macam aku ataupun burger dan azhar amik frank. Apapun. Memang satu tempat makan yang OK di kompleks ni.

Lokasi
Carian : Wendy's
Koordinat : 1.4713749,103.7813894

Maklumat penuh...

Tuesday, January 29, 2019

Jenjalan Cari Makan : Restoran Abda


Jenjalan Cari Makan : Restoran Abda. Singgah sarap jap sini. Makan roti tampal dan nasi lemak. Leh tahan ada lemon ais.

Lokasi :
Carian : Restoran Abda
Koordinat : 1.4641333,103.7422362

Maklumat penuh...

Friday, January 25, 2019

Jom Jenjalan Bersama Cik Ici : Bazar Mydin Anjung Nusajaya


Jom Jenjalan Bersama Cik Ici : Bazar Mydin Anjung Nusajaya. Hari ni kita gi belanja bulan kat sini. Leh tahan ramainya orang hari ni. Kebetulan bertembung dengan rombongan dari Singapore yang turut sama membeli belah.

Yok
Carian : Bazar Mydin Anjung Nusajaya
Koordinat : 1.4239803,103.6152309

Maklumat penuh...