Friday, October 19, 2018

Jenjalan Cari Makan : Bazar Anjung


Jenjalan Cari Makan : Bazar Anjung. Singgah jap on the way back. Kengkonon nak beli Karipap Puaka untuk Inaz. Sekali takde daaa... Huhuhu.

Lokasi
Carian : Bazar Anjung
Koordinat : 1.4236103,103.616631

Maklumat penuh...

Jenjalan Cari Makan : Selera Johor


Jenjalan Cari Makan : Selera Johor. Singgah sini. Macam biasa. Harus mama dan iqa makan Asam Pedas. Iffa dan Asyi makan mee rebus meatball. Aku macam biasa. Grill Chicken Special Berasap. Yummy. Tak lupa pisang dan cendawan goreng. Tapau Kacang Pol untuk orang di rumah.

Lokasi
Carian : Selera Johor foodcourt
Koordinat : 1.4973464,103.741002

Maklumat penuh...

Memory Lane Nostalgia : Komtar - Kotaraya


Memory Lane Nostalgia : Komtar - Kotaraya. Tadi. Sebab dah kena ajak ke Komtar JBCC, apa lagi beb. Semestinya jemaat kat Kotaraya. Lantas memori lama pun kembali. Jenjalan sambil pegang kamera menggamit kenangan lama 95 - 2000 dulu. Sini la port utama masa student u dulu. Mana lagi tempat melepak kalau bukan sini. Stesen bas balik kampung pun kat sini sebelum pindah larkin tahun 97. Jalan ni dah jalan biasa. Solat di masjid an-nur kotaraya. Nice. Kesan paling best. Kaki rasa kebas lain macam malam ni. Padan muka kan.

Maklumat penuh...

Wednesday, October 17, 2018

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Seri Teja


Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Seri Teja. Tempat makan marhaen kegemaran aku. Senang. Banyak pilihan kat sini. Cam biasa. At last, mesti amik western punya. Kacang tolak tepi. Sos black pepper banjir, taruk sos sama mayonis. Bon appetite!

Lokasi
Carian : Medan Selera Seri Teja
Koordinat : 2.9408142,101.673377

Maklumat penuh...

Saturday, October 13, 2018

Jom Jenjalan : Kamar Tamu, Batu Pahat


Jom Jenjalan : Kamar Tamu, Batu Pahat. Konsep chalet di tengah bandar. Ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. owner dia sangat peramah. Harga. RM120 untuk satu bilik. Memang tenang kawasan ni. Kawasan makan juga banyak disekitarnya. Sangat dekat dengan Wet World. Memang sesuai untuk aktiviti keluarga.

Lokasi
Carian : Kamar Tamu Private Homestay
Koordinat : 1.8962957,102.946614

Maklumat penuh...

Thursday, October 4, 2018

Jenjalan Cari Makan : Hotel Jen, Puteri Harbour


Jenjalan Cari Makan : Hotel Jen, Puteri Harbour. Kitaorang lunch kat sini semalam. TQ TM untuk lunch ni. Kami bergerak konvoi dari Pusat Data ke sini. Memang kena dengan selera. Masuk aje dah terbau rempah ratus yang memang diletak di laluan masuk ke ruang makan. Tempat memang selesa. Memang best. Aku amik salad sebelum meratah ayam stew yang memang membangkitkan selera. Banyak pilihan yang menyelerakan. Terbaeekkk!!!!

Lokasi
Carian : Hotel Jen Puteri Harbour Johor
Koordinat : 1.417666,103.6545037

Maklumat penuh...

Jenjalan Cari Makan : Resepi Qaisara


Jenjalan Cari Makan : Resepi Qaisara. Singgah jap kat sini untuk sarap sebelum gerak ke Pusat Data TM di Nusajaya. Boleh tahan portion makanan dia. Ingatkan nak makan roti canai tapi tengok queue agak panjang. So. Aku amik dua bungkus nasi lemak. Panas-panas gitu. Selesai satu siap pulang balik tu. Banyak. Harga pun OK. Makan nasi lemak dua bungkus, lontong nasi, limau ais, teh tarik sama teh o ais limau baru RM12.50. Kira ok la tu kan.

Lokasi
Carian : Resepi Qaisara
Koordinat : 1.4712152,103.6832046

Maklumat penuh...