Friday, November 9, 2018

Jenjalan Cari Makan : Restoran Orang Kampung, SILC, Gelang Patah


Jenjalan Cari Makan : Restoran Orang Kampung, SILC, Gelang Patah. Singgah sarap kat sini jap. Nice. Order Roti Tampal sama roti kosong. Kuah aku amik sendiri. Campur kuah lauk makan tengah hari. Memang terbaeekkk!!!! Geram pulak nak makan tengah hari terus tadi.

Lokasi :
Carian : Restoran Orang Kampung
Koordinat : 1.4609472,103.5849716

Maklumat penuh...

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Iskandar Malaysia, Gelang Patah


Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Iskandar Malaysia, Gelang Patah. Kami singgah lunch di sini untuk pertama kalinya sempena cuti Deepavali. Boleh tahan. Kena try Nasi Kukus Ayam di AR Nasi Kukus dan Chicken Chop. Ais Jagung pun OK kata iqa. Memang boleh return semula di sini. Terbaeekkk!!!!

Lokasi
Carian : Medan Selera Iskandar Malaysia
Koordinat : 1.4516306,103.5914282

Maklumat penuh...

Monday, November 5, 2018

Jom Jenjalan : Puteri Harbour, Iskandar Puteri


Jom Jenjalan : Puteri Harbour, Iskandar Puteri. Jenjalan jap kat sini bersama famili. kengkononnya nak gi Dinosaur Kingdom. Rupanya 18 November baru bukak. lokasi dia memang aku dapat jangka dengan tepat. Cuma tarikh buka tu yang miss. Hehehe. Layan aje ler.

Lokasi
Carian : Puteri Harbour
Koordinat : 1.4164563,103.6568554

Maklumat penuh...

Jom Jenjalan : Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Harbour, Iskandar Puteri


Jom Jenjalan : Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Harbour, Iskandar Puteri. Akhirnya kami berjaya juga menjelajah ke taman tema ni di Iskandar Puteri sekeluarga. Sebelum ni Iqa dengan Inaz ja yang dah masuk semasa rombongan sekolah sewaktu memula taman tema ni dibuka. Ici yang paling suka hati. First time dia dapat masuk dengan kakak dan abang dia.

Tempat ni ada dua attraction. Satunya tempat aktiviti, yang ni Hello Kitty nye tempat. Satu lagi tempat permainan, yang ni Thomas punya tempat. Kita boleh pilih nak masuk Kitty sahaja, atau Thomas sahaja yang mana kena bayar RM65. Kalau nak dua-dua, harga tiket masuk adalah RM118 seorang. Pemegang MyKad dapat diskaun. Kena bayar RM95 untuk kedua-dua tarikan yang ada. So, kami amik yang dua-dua. Tempatnya OK. Ada aircond, dalam bangunan. Tak berapa nak sesak. Beratur pun tak lama sangat. Semua tempat yang ada kami masuk kecuali Kitty in the land of oz. Sebab yang ni ada masa masuk yang semuanya kami terlajak. Memang layan habis. Tiga aras penuh keriangan!

Lokasi
Carian : Sanrio Hello Kitty Town
Koordinat : 1.416888,103.6547123

Maklumat penuh...