Friday, November 9, 2018

Jenjalan Cari Makan : Restoran Orang Kampung, SILC, Gelang Patah


Jenjalan Cari Makan : Restoran Orang Kampung, SILC, Gelang Patah. Singgah sarap kat sini jap. Nice. Order Roti Tampal sama roti kosong. Kuah aku amik sendiri. Campur kuah lauk makan tengah hari. Memang terbaeekkk!!!! Geram pulak nak makan tengah hari terus tadi.

Lokasi :
Carian : Restoran Orang Kampung
Koordinat : 1.4609472,103.5849716

Maklumat penuh...

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Iskandar Malaysia, Gelang Patah


Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Iskandar Malaysia, Gelang Patah. Kami singgah lunch di sini untuk pertama kalinya sempena cuti Deepavali. Boleh tahan. Kena try Nasi Kukus Ayam di AR Nasi Kukus dan Chicken Chop. Ais Jagung pun OK kata iqa. Memang boleh return semula di sini. Terbaeekkk!!!!

Lokasi
Carian : Medan Selera Iskandar Malaysia
Koordinat : 1.4516306,103.5914282

Maklumat penuh...

Monday, November 5, 2018

Jom Jenjalan : Puteri Harbour, Iskandar Puteri


Jom Jenjalan : Puteri Harbour, Iskandar Puteri. Jenjalan jap kat sini bersama famili. kengkononnya nak gi Dinosaur Kingdom. Rupanya 18 November baru bukak. lokasi dia memang aku dapat jangka dengan tepat. Cuma tarikh buka tu yang miss. Hehehe. Layan aje ler.

Lokasi
Carian : Puteri Harbour
Koordinat : 1.4164563,103.6568554

Maklumat penuh...

Jom Jenjalan : Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Harbour, Iskandar Puteri


Jom Jenjalan : Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Harbour, Iskandar Puteri. Akhirnya kami berjaya juga menjelajah ke taman tema ni di Iskandar Puteri sekeluarga. Sebelum ni Iqa dengan Inaz ja yang dah masuk semasa rombongan sekolah sewaktu memula taman tema ni dibuka. Ici yang paling suka hati. First time dia dapat masuk dengan kakak dan abang dia.

Tempat ni ada dua attraction. Satunya tempat aktiviti, yang ni Hello Kitty nye tempat. Satu lagi tempat permainan, yang ni Thomas punya tempat. Kita boleh pilih nak masuk Kitty sahaja, atau Thomas sahaja yang mana kena bayar RM65. Kalau nak dua-dua, harga tiket masuk adalah RM118 seorang. Pemegang MyKad dapat diskaun. Kena bayar RM95 untuk kedua-dua tarikan yang ada. So, kami amik yang dua-dua. Tempatnya OK. Ada aircond, dalam bangunan. Tak berapa nak sesak. Beratur pun tak lama sangat. Semua tempat yang ada kami masuk kecuali Kitty in the land of oz. Sebab yang ni ada masa masuk yang semuanya kami terlajak. Memang layan habis. Tiga aras penuh keriangan!

Lokasi
Carian : Sanrio Hello Kitty Town
Koordinat : 1.416888,103.6547123

Maklumat penuh...

Friday, October 19, 2018

Jenjalan Cari Makan : Bazar Anjung


Jenjalan Cari Makan : Bazar Anjung. Singgah jap on the way back. Kengkonon nak beli Karipap Puaka untuk Inaz. Sekali takde daaa... Huhuhu.

Lokasi
Carian : Bazar Anjung
Koordinat : 1.4236103,103.616631

Maklumat penuh...

Jenjalan Cari Makan : Selera Johor


Jenjalan Cari Makan : Selera Johor. Singgah sini. Macam biasa. Harus mama dan iqa makan Asam Pedas. Iffa dan Asyi makan mee rebus meatball. Aku macam biasa. Grill Chicken Special Berasap. Yummy. Tak lupa pisang dan cendawan goreng. Tapau Kacang Pol untuk orang di rumah.

Lokasi
Carian : Selera Johor foodcourt
Koordinat : 1.4973464,103.741002

Maklumat penuh...

Memory Lane Nostalgia : Komtar - Kotaraya


Memory Lane Nostalgia : Komtar - Kotaraya. Tadi. Sebab dah kena ajak ke Komtar JBCC, apa lagi beb. Semestinya jemaat kat Kotaraya. Lantas memori lama pun kembali. Jenjalan sambil pegang kamera menggamit kenangan lama 95 - 2000 dulu. Sini la port utama masa student u dulu. Mana lagi tempat melepak kalau bukan sini. Stesen bas balik kampung pun kat sini sebelum pindah larkin tahun 97. Jalan ni dah jalan biasa. Solat di masjid an-nur kotaraya. Nice. Kesan paling best. Kaki rasa kebas lain macam malam ni. Padan muka kan.

Maklumat penuh...

Wednesday, October 17, 2018

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Seri Teja


Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Seri Teja. Tempat makan marhaen kegemaran aku. Senang. Banyak pilihan kat sini. Cam biasa. At last, mesti amik western punya. Kacang tolak tepi. Sos black pepper banjir, taruk sos sama mayonis. Bon appetite!

Lokasi
Carian : Medan Selera Seri Teja
Koordinat : 2.9408142,101.673377

Maklumat penuh...

Saturday, October 13, 2018

Jom Jenjalan : Kamar Tamu, Batu Pahat


Jom Jenjalan : Kamar Tamu, Batu Pahat. Konsep chalet di tengah bandar. Ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. owner dia sangat peramah. Harga. RM120 untuk satu bilik. Memang tenang kawasan ni. Kawasan makan juga banyak disekitarnya. Sangat dekat dengan Wet World. Memang sesuai untuk aktiviti keluarga.

Lokasi
Carian : Kamar Tamu Private Homestay
Koordinat : 1.8962957,102.946614

Maklumat penuh...

Thursday, October 4, 2018

Jenjalan Cari Makan : Hotel Jen, Puteri Harbour


Jenjalan Cari Makan : Hotel Jen, Puteri Harbour. Kitaorang lunch kat sini semalam. TQ TM untuk lunch ni. Kami bergerak konvoi dari Pusat Data ke sini. Memang kena dengan selera. Masuk aje dah terbau rempah ratus yang memang diletak di laluan masuk ke ruang makan. Tempat memang selesa. Memang best. Aku amik salad sebelum meratah ayam stew yang memang membangkitkan selera. Banyak pilihan yang menyelerakan. Terbaeekkk!!!!

Lokasi
Carian : Hotel Jen Puteri Harbour Johor
Koordinat : 1.417666,103.6545037

Maklumat penuh...

Jenjalan Cari Makan : Resepi Qaisara


Jenjalan Cari Makan : Resepi Qaisara. Singgah jap kat sini untuk sarap sebelum gerak ke Pusat Data TM di Nusajaya. Boleh tahan portion makanan dia. Ingatkan nak makan roti canai tapi tengok queue agak panjang. So. Aku amik dua bungkus nasi lemak. Panas-panas gitu. Selesai satu siap pulang balik tu. Banyak. Harga pun OK. Makan nasi lemak dua bungkus, lontong nasi, limau ais, teh tarik sama teh o ais limau baru RM12.50. Kira ok la tu kan.

Lokasi
Carian : Resepi Qaisara
Koordinat : 1.4712152,103.6832046

Maklumat penuh...

Friday, August 17, 2018

Jenjalan Cari Makan : Restoran Sabak Salai


Jenjalan Cari Makan : Restoran Sabak Salai. Kami skip makan tengah hari di hotel atas kenangan terindah semalam. Langsung gerak ke Sabak Salai. Sekali team yang sampai dulu dah berenti makan di Sembilang Salai daaa.. Haishhh. Makan berenam dengan harga RM75. Aku makan itik salai la. Memang suka kat sini sebab boleh ratah cenggitu aje daging yang dah disalai tu. Terbaeekkk!!!! Hati hati. Kat sini memang jamin pedas punyaaa...

Lokasi
Carian : Sabak Salai
Koordinat : 2.5509946,102.036758

Maklumat penuh...

Jenjalan Cari Makan : Cakoi Viral Restoran Sri Perada


Jenjalan Cari Makan : Cakoi Viral Restoran Sri Perada. Lama juga kami kat SPR. Hampir jam 5 baru selesai. Balik. Singgah jap minum petang di Cakoi Viral ni. Restorannya dekat selekoh sebelum trafik light. Jadi memang agak susah nak parking tambahan pula tatkala semua orang berpusu-pusu pulang dari kerja cenggini. Tapi OK lah. Nasib menyebelahi. Ngam ngam satu kereta keluar masa kami tiba disebelah dia. Apa lagi kan. So. Cakoi dia ni berharga RM3 satu, amik 4 dia kasi RM10. Amik ayam floss dan cheese kot untuk minum petang manakala mus tapau coklat sama kacang dan peanut butter kot kalau tak silap.

Lokasi
Carian : Restoran Sri Perada
Koordinat : 1.4611107,103.7447996

Maklumat penuh...

Friday, August 10, 2018

Jenjalan Cari Makan : Medan Niaga Mutiara Rini


Jenjalan Cari Makan : Medan Niaga Mutiara Rini. Pagi ni sempat singgah sini untuk sarapan pagi. Masa kami sampai satu gerai aje yang fully open. Kalau ikut ada 3 gerai makanan. 1 lagi masih buat preparation dan 1 lagi maybe hanya buka lewat petang. So. Mama dan atuk makan roti tampal manakala aku dan ici makan nasi lemak. Just nice la makanan dia.

Lokasi
Carian : Medan Niaga Mutiara Rini
Koordinat : 1.5285802,103.6272941

Maklumat penuh...

Tuesday, August 7, 2018

Jenjalan Cari Makan : Azmie Wawa And Friend, Kampung Melayu Majidee


Jenjalan Cari Makan : Azmie Wawa And Friend, Kampung Melayu Majidee. Orang datang sini semuanya cari ABC Special Kampung Melayu. Kami je pelik sikit. Makan Nasi Ayam Razak dan air biasa biasa macam kami selalu order. Nasi Ayam Sambal dia memang best. Sambal dia tambah dengan sambal special memang terbaeekkk!!!! Layan woh!

Lokasi
Carian : Azmie Wawa And Friend
Koordinat : 1.5124204,103.7542414

Maklumat penuh...

Thursday, August 2, 2018

Jenjalan Cari Makan : Nasi Lemak Secret Bonda


Jenjalan Cari Makan : Nasi Lemak Secret Bonda. Semalam cikgu-cikgu sekolah mama buat majlis simple kat sini. Celebrate birthday katanya. Memang puas hari kata mama. Satu kepala RM25 untuk seafood tabur ni. Memang mewah katanya. Dan dia tak berkira sangat. Satu set dua tiga nasi pun tak kisah. Layan jangan tak layan.

Lokasi
Carian : Nasi Lemak Secret Bonda
Koordinat : 1.4616367,103.5819413

Maklumat penuh...

Wednesday, August 1, 2018

Jenjalan Cari Makan : Restoran Brothers, Bandar Baru Uda


Jenjalan Cari Makan : Restoran Brothers, Bandar Baru Uda. Tengah hari tadi kami makan di restoran ni yang baru mula beroperasi pada hari ni. Memang boleh tahan masakan dia. Aku makan ayam goreng dengan kuah ayam asam pedas, Mus ngan fadzli makan ikan pari asam pedas. Ditambah dengan 3 minuman kami dikenakan bayaran RM13.50 untuk semua sekali. Memang sangat berbaloi kot! Sempat borak dengan bos restoren. Buka dari jam 6.30 pagi sampai 2.00 pagi. Wow! Ada sarapan. Ada lunch. Dan ada western dan goreng-goreng di sebelah petang. Paling menarik katanya Tauhu Roket. Perghhh! Jom try!

Lokasi
Carian : Restoran Brothers
Lokasi : 1.4966496,103.7072253

Maklumat penuh...

Friday, July 27, 2018

Agensi Ummah Bestari Cawangan Gelang Patah


Agensi Ummah Bestari Cawangan Gelang Patah. Semalam ke cawangan insuran ni kat Taman Nusantara. Baru nak amik road tax dan insuran. Dulu ianya terletak di jalan sawi. Kat selekoh sana. Dah dua tahun di pejabat baharu ni. Senang sikit nak berurusan. Kalau dulu memang aku ke main opis dia kat Taman Universiti. Sempat sembang sembang dan borak borak gitu.

Lokasi
Carian : Agensi Ummah Bestari
Koordinat : 1.4593907,103.5822102

Maklumat penuh...

Wednesday, July 25, 2018

Jenjalan Cari Makan : Kluang Rail Coffee


Jenjalan Cari Makan : Kluang Rail Coffee. Singgah jap sebelum mulakan bengkel pagi tadi. Minum minum ringan aje. Kopi Hainan ni katanya campuran teh dan kopi. Amik Roti Keping Bakar sebagai alas perut. Si Lan amik Roti Bun Bakar dan telur ayam kampung separuh masak. Layan.

Lokasi
Carian : Kluang Rail Coffee
Koordinat : 2.0232073,103.3101049

Maklumat penuh...

Saturday, July 21, 2018

Jom Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya


Jom Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya. Berenti jap kat sini. Belanja bulan. Sempat layan ici main kat Jom @Anjung. Memang terbaeekkk!!!!

Lokasi :
Carian : Bazar Mydin Anjung Nusajaya
Koordinat : 1.4455987,103.5141461

Maklumat penuh...

Saturday, July 14, 2018

Jom Jenjalan : Plaza Angsana Johor Bahru


Jom Jenjalan : Plaza Angsana Johor Bahru. Hmmm. Satu satunya sebab datang sini pada hari ini adalah untuk beli mainan Boboiboy untuk ici. Si iqi pun tumpang sekaki lah. Bila lagi nak dapat peluang kan. Layan jangan tak layan. Memang tak ingat dunia la lepas dah dapat apa yang dihajati.

Lokasi
Carian : Plaza Angsana Johor Bahru
Koordinat : 1.495212,103.7032863

Maklumat penuh...

Sunday, July 8, 2018

Jenjalan Cari Makan : Restoran Bumbu Asli


Jenjalan Cari Makan : Restoran Bumbu Asli. Lepak makan kat sini jap masa lunch tadi dengan Mustakim. Pilihan tak berapa banyak untuk aku. Tapi rasa memang OK la. Harga a bit pricey. But. Yang penting sedap kan. Layan je.

Lokasi
Carian : Restoran Bumbu Asli Danga Bay
Koordinat : 1.4836116,103.7190736

Maklumat penuh...

Saturday, July 7, 2018

Jom Jenjalan : Laman DiRaja, Pontian


Jom Jenjalan : Laman DiRaja, Pontian. Sempat meronda di sini memandangkan hampir 3 hari aku berada di Pontian. Satu tarikan baharu yang menarik. Kalau dulu, disinilah letaknya taman permainan kanak-kanak yang kini dah diubah ke kawasan gerai makanan.

Maklumat penuh...

Jom Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya


Jom Jenjalan : Bazar Mydin Anjung Nusajaya. Singgah sini jap untuk belanja bulan tadi. Dah makin kelas tempatnya. Banyak tempat untuk duduk berehat. Medan Selera yang serba lengkap. Dan tak dilupakan, Taman permainan khas untuk kanak-kanak. Apa lagi dua kebudaks tu. Sampai peluh menyimbah la.

Maklumat penuh...

Sunday, June 24, 2018

Jenjalan Cari Makan : Yus Be Chicken Chop


Jenjalan Cari Makan : Yus Be Chicken Chop. Kedai ni memang lain daripada yang lain. Masuk. Tengok menu atas meja. Ambil kertas order. Tulis nombor meja dan hidangan yang dikehendaki. Lepas tu hantar ke kaunter dan tunggu sampai hidangan sampai. Memacam menu segera yang best. Aku amik oblong ayam, burger ayam, chicken chop dan benjo. Best!

Maklumat penuh...

Friday, June 22, 2018

Jom Jenjalan : Homestay Abah, Baling


Jom Jenjalan : Homestay Abah, Baling. Homestay Abah menawarkan dua buah rumah dengan harga yang berpatutan dengan pemandangan berhadapan terus dengan Gunung Baling. Memang enjoy di sini dengan suasana kampung yang mempersonakan. Ambil gambar kedua-dua homestay yang ada, Homestay 1 dengan binaan rumah kampung asal. 4 bilik tidur. Ruang rehat dan ruang dapur yang besar. 2 tandas dan 2 bilik air. Homestay 2 dengan ciri terkini. 2 bilik tidur. 2 tandas dan 2 bilik air. Keduanya mempunyai ruang rehat outdoor menghadap gunung Baling.

Maklumat penuh...

Jom Jenjalan : Pengkalan Hulu Superbowl


Jom Jenjalan : Pengkalan Hulu Superbowl. Sempat jugak kami layan bowling sebelah petangnya. Yang best. Kasut baby dan bola bowling untuk budak kecik ada. Just mintak dari stafnya yang ramah. Seronok layan bowling petang tu. Siap naikkan pagar untuk lane ici tau. Pemenang. Iqa. Dan last sekali adalah ici la. Hehehe. Leh layan lagi ni.

Maklumat penuh...

Thursday, June 21, 2018

Jom Jenjalan : Kedai Gunting Rambut Ravi


Jom Jenjalan : Kedai Gunting Rambut Ravi. Potong rambut kat sini petang raya itu hari. Boleh tahan ramai orang yang datang. Layan. Sempat beti tripod baharu kat kedai accessori belakang tu.

Maklumat penuh...

Tuesday, June 12, 2018

Jenjalan Cari Makan : Seth Ahmad Yassir Nasi Arab


Jenjalan Cari Makan : Seth Ahmad Yassir Nasi Arab. Semalam lepak sini jap. Tapau Nasi Mandy Ayam Panggang. Borak borak ngan tokeidia, Mawi. Dia memang sedia nasi mandy aje all the time. Samada ayam panggang atau kambing masala. Yang lelain ke book dulu baru dia buat. Sekurang-kurangnya untuk sedulang, 4 orang makan. OK jugak la. Ada kelainan baharu di Gelang Patah.

Maklumat penuh...

Saturday, June 9, 2018

Yok Jenjalan : Tesco Bukit Indah


Yok Jenjalan : Tesco Bukit Indah. Selepas renovation besar-besaran ituhari kini aku kembali ke sini. Beberapa perubahan ketara di sini. Yang pertama. Pasaraya Tesco tu sendiri dikecilkan. Pintu masuk utama dia kini dah jadi Mr DIY. Yang menarik siap ada kaunter scan dan bayar sendiri. Keduanya di ruang bawah. Kini dah jadi satu ruang legar yang sangat besar. Nampak terus dari hujung ke hujung. Ketiga. Kini parking berbayar. Dua jam pertama RM2 dan RM1 untuk setiap jam berikutnya. Jangan risau. Koram leh dapat parking percuma jika berbelanja minima RM5 di Pasaraya Tesco atau RM10 di Medan Selera dia.

Maklumat penuh...

Yok Jenjalan : RZ Maju Food Sdn Bhd


Yok Jenjalan : RZ Maju Food Sdn Bhd. Kedai ni terletak di Kampung Ulu Pulai. Tempat memborong kuih terbaeekkk!!!! pada harga yang sangat berpatutan. Must try rempeyek dan kuih tat nenas dia. Memang best. Dah cuba pasti nak lagi. Dah dekat nak raya biasalah. Memang packed!

Maklumat penuh...

Yok Jenjalan : Pasar Sabtu, Pekan Nenas


Yok Jenjalan : Pasar Sabtu, Pekan Nenas. Pasar Sabtu ni terletak sama lokasi dengan Pasar Selasa di Pekan Nenas. Cuma beza pada hari dan peniaganya sahaja. Ianya tak sehavoc Pasar Selasa di mana peniaga pun kurang separuh daripada Pasar Selasa. Tapi kira OKlah. Ada la alternatif lain untuk cari pakaian pada hujung minggu kan.

Maklumat penuh...