Friday, February 8, 2019

Jenjalan Cari Makan : Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung, Melaka


Jenjalan Cari Makan : Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung, Melaka. Asalnya nak ke Umbai, tapi kami memilih untuk ke Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung ni based on review orang ramai masa kami google. Yang best, siap berenti tepi jalan set semula maps. Hehehe. Sorang tukang gugel, sorang tukang follow. Belasah ajelah. Sampai aje memang dah tertarik. Kereta toksah cerita. Bertaburan memenuhi ruang parking sampai melimpah ke depan. Dapat park sebelah meja aje. Masa nak masuk ada team khas menempatkan pelanggan. Dalam kebanyakan dah fully booked. Susah juga untuk tempatkan team yang besar berlapan macam kami ni. At last kami dapat meja L. Kat kawasan luar bersebelahan kereta tadi tu la. Terus duduk. Team kat sini memang laju dan sistematik. Duduk aje, ada orang yang amik order air, hantar sambal cicah, hantar kacang dan hantar nasi lemak. Semua team yang berbeza. Kami kena beratur kat dalam untuk pilih lauk pauk yang nak dimakan. Walaupun panjang tapi kejap ja proses dia. Pilih ikan dan ketam sahaja. Abang amik order ni memang cekap. Ikut ja apa yang dia tanya. Ikan nak masak apa. Ketam nak masak apa. Lepas tu baru dia akan tanya yang selainnya. Udang, sotong, kerang, lala dan lain-lain ikut urutan dan nak masak apa. Setel. Duduk. Jap ja semua datang. Aku order sekali ayam dan burger untuk aku dan iqi. Lagi lama kami tunggu dari makanan seafood tadi. Orang lain dah abis makan baru aku nyer ayam dan burger sampai. Tu pun aku dah makan nasi lemak untuk bungkusan yang keempat. Nasi dia tak banyak actually. Untuk kami berlapan dia letak 16 bungkus dan kami berjaya abiskan 15 bungkus. Harga pun bagi aku sangat OK. Kualiti makan memang terbaeekkk!!!! Kami kena RM220++ tak silap aku. Jom reramai kita gi sini.

Lokasi
Carian : Ikan Bakar Muara Sg Duyung
Koordinat : 2.1743485,102.287029 


dah sampai sini kita akan terus ditempatkan ke meja yang bersesuaian

nasi lemak, kacang dan kuah cicah dah sampai

penuh kat dalam ni

masuk untuk order makanan bermasak

nampak barisan tu

sesambil nunggu turn

kebanyakan yang kosong kat sini dah dibooked

pilihan ikan

ikut ja apa brader ni tanya

dah sampai dah semua yang dipesan tadi

jom kita makan

sesambil

No comments:

Post a Comment