Sunday, April 5, 2009

Pasar Tani Gelang Patah

Photobucket

Sekilas Pandang

Pasar Tani ini terletak di Nusa Perintis, Gelang Patah. Ianya dibuka pada setiap hari Ahad dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Pasar Tani adalah institusi pemasaran baru bagi memberi peluang kepada para petani untuk memasarkan hasil pertanian mereka secara terus kepada pengguna. la terkenal sebagai "medan pertemuan pengeluar-pengguna dan merupakan suatu sistem sosial yang boleh memajukan keadilan dalam pasaran di samping membantu membangunkan ekonomi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Pembangunan Pasar Tani adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara (DPM) - ke arah memperbaiki sistem pemasaran hasil pertanian supaya pengeluar menerima harga yang munasabah dan menguntungkan manakala pengguna dijamin bekalan bermutu dengan harga yang berpatutan.

Tujuan utama Pasar Tani adalah untuk :

- Menggalakkan penyertaan petani dalam pasaran;
- Memperluaskan luang pasaran hasil pertanian;
- Membolehkan petani mendapat harga yang lebih tinggi; dan
- Pengguna mendapat pilihan hasil pertanian yang lebih luas dengan harga yang berpatutan.

Sebahagian besar daripada peserta adalah terdiri daripada para petani yang menjual hasil pertanian dan mempunyai ciri-ciri istimewa.

Pasar Tani adalah berbeza dengan pasar biasa kerana mempunyai ciri-ciri berikut :-

- Penjual adalah "petani-peniaga" sama ada secara perseorangan atau berkumpulan;
- Pelbagai hasil pertanian tempatan bermutu dan segar dijual dengan harga berpatutan seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, daging segar, ikan laut dan ikan air tawar, barangan proses pertanian, bunga-bungaan, bahan perubatan tradisional, kraftangan dan lain-lain lagi hasil pertanian;
- Lokasinya strategik memudahkan pengguna mengunjunginya;
- Bersuasana meriah dengan pelbagai kegiatan galakan pasaran seperti menunjukcara masakan, penyediaan bahan makanan dan gubahan hasil pertanian;
- Menggunakan insfrastruktur mudah seperti payung, meja dan bakul plastik yang seragam, bercorak pasar terbuka; dan
- Khidmat sokongan diberi oleh FAMA, agensi-agensi dibawah Kementerian Pertanian dan agensi lain yang berkaitan dengan pembangunan sosio ekonomi petani.

FAMA menyediakan

- Kemudahan penyewaan peralatan seperti payung, meja dan bakul;
- Pengangkutan di peringkat awal penubuhannya;
- Maklumat harga pasaran;
- Pelbagai kegiatan dan kempen bagi menarik perhatian pengguna;
- Perkhidmatan urusetia bagi mengurus keperluan petani dan melindungi kepentingan pengguna serta mempastikan kebersihan; dan
- Latihan untuk meningkatkan kemahiran petani dalam kegiatan penjualan.

Di peringkat awal, Pasar Tani beroperasi seminggu sekali. Kekerapan dan lokasinya akan diperluaskan lagi supaya menjadi rangkaian pilihan pemasaran utama bagi hasil pertanian tempatan.

Pengguna mendapat pelbagai hasil pertanian yang bermutu dan segar terus daripada pengeluar dengan harga yang lebih rendah. Pengguna boleh mendapat berbagai pilihan dengan harga yang berpatutan. FAMA mempastikannya untuk melindungi kepentingan pengguna.

9 SEBAB ANDA PERLU MEMBELI-BELAH DI PASAR TANI

P ertemuan mesra pengeluar-pengguna
A neka jenis hasil pertanian istimewa
S egar, bermutu, murah, selamat sentiasa
A sas mencegah kenaikan harga
R inggit dijimat melapangkan dada

T ingkatkan pembelian hasil petani
A malan murni setiap insani
N adi penggerak kegiatan bertani
I mpian nyata keringat Pak Tani

Dari apa yang aku lihat
Buat masa ini
Terlalu banyak gerai yang menjual makanan siap
Daripada hasil tani kita
Walauapapun idea pasar tani ini memang baik
Dan dapat membantu peniaga-peniaga kita
Dalam memasarkan hasil jualan masing-masing

Foto

Photobucket
Photobucket

Peta ke sana

Photobucket
Photobucket

Paparan Satelit

Photobucket






Maklumat penuh...